Monday, December 26, 2011

Are We A Good Muslim?






Salam semua, mmmmm.. Semalam dapat satu berita yg sangat2 mengejutkan and sangat2 mengembirakan, one of the most beautiful thing, tak terungkap ngan kata2... ceh wah.. 
Ape kah ia? 
Biarlah rahsia dulu...

Tapi nak share sikit something very important yang saya baru sedar...
Mungkin orang lain dah lama sedar benda ni, saya aje yg ketinggalan zaman, tapi x pe la, daripada tak sedar langsung :)
And dah sedar tu, kenalah usaha perbaiki diri insyaAllah..

Tentang kehidupan kita sebagai seorang Muslim, ramai antara kita yang sudah melaksanakan segala tanggungjawab kita kepada Allah SWT, seperti solat, puasa, membayar zakat, etc etc, tapi ramai yg lupa untuk menjaga hubungan kita sesama manusia...
Berapa ramai yg mampu mengawal diri dari mengumpat, dari sangka buruk, dari bercakap yg sia2, dari hasad dengki, berapa ramai antara kita yg masih mampu tersenyum dan terus berbuat baik pada orang2 yangg telah menyakiti kita..
Berapa ramai antara kita yang ikhlas membantu kawan2 yg dalam kesusahan, tak kisah la camne pun kawan tu, berapa ramai yang sungguh2 memelihara hubungan silaturrahim? dan macam2 lagi...
In short, mencontohi sifat2 Rasulullah...

Saya akui, saya sendiri kadangkala gagal untuk mencontohi sifat2 Rasulullah ni, tapi I will NEVER EVER stop trying.. and I hope all of us will too...
Why did this thought occur to me in the first place?
 Sebab tengok kawan2 Deutscher kat sini yang tersangat baik dan sungguh2 membantu kami dan suami dalam segala hal.. sungguh2 membantu yang kadang2 sampai  menyusahkan diri mereka sendiri pulak.. 
And some of them ni not even a Muslim... 
So kita sepatutnya, sebagai seorang Muslim mesti la sama baik macam diorang ni atau lebih lagi...
Jadi selain dari tanggugjawab dan kewajipan  kita pada Allah yg sungguh2 kita pelihara, jangan lupa juga tanggungjawab dan kewajipan kita sesama manusia.. insyaAllah...

Untuk renungan bersama...


An-Nisaa' (An-Nisa') [4] : ayat 36
[4:36] Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.




Allah SWT berfirman dalam surah Al Hujurat ayat 13 ;

"Wahai manusia,sesungguhnya kami menciptakan dari seorang lelaki dan perempuan,dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa,dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu disisi Allah adalah yang paling bertakwa diantara kamu".


Ape pula definasi orang bertakwa?


"Bersegeralah beramal untuk mendapatkan keampunan dari Tuhan mu, dan meraih syurga seluas langit dan bumi yang disediakan bagi mereka yg BERTAKWA, IAITU mereka yg selalu menafkahkan harta, pada saat senang atau susah, dan yg SELALU MENAHAN KEMARAHAN DAN MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN..."   Surah Ali-Imran, ayat 133-134.


Jom sama2 tambah ketakwaan...


:)


PS:  Klik SINI untuk Artikel yang menarik...
Sharing is Caring :)







2 comments:

sitiezahim said...

mm pada saya kengkawan sesama Msia pon baik2 jugak..ramai yg sudi membantu tanpa balasan..cuma kengkadang kita ni sesama bangsa jadi agak sensitif pada sesetengah perkara..atau bila dah jadi sangat kenal jadi macam2 timbul masalah..

ummi_ziz said...

InsyaAllah. Insaf izu. Tq kNana for sharing this post. :)

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...