Monday, November 21, 2011

Perlu ke Kelab Taat Suami?


Salam Monday to all, as usual Monday blues for all, and Afeef's usual question every Monday morning,
"Nape kita kena pergi School ??"
Hehe pening kepala mama nak jawab,
so I answered my usual answer for the millionth times laa hehe..
Needless to say what my answer was, I believe all mom has the same answer :)

Today nak cakap sket pasal "Kelab Taat Suami"
Waaa apa itu, rasa nye semua orang tau kot.. kalau tak tau bole klik SINI.

I think, daripada tubuh "Kelab Taat Suami" yg lebih menekankan isu2 seksual and menyalahkan wanita semata2 sbg punca keretakan rumahtangga, kan lebih baik tubuhkan kelab
"Suami Isteri Soleh Solehah"
Kalau suami soleh, sudah pasti die akan sedaya upaya cuba menjaga hati isteri seprtimana Rasullullah menjaga hati isteri2 baginda, and bile suami dah soleh and baik, mudah saja untuk isteri2 mentaati.. It's that simple..

Kata pengasas "Kelab Taat Suami" ni jugak, kalau dapat suami pendera, si isteri harus lah bersabar dan anggap lah ia sebagai ujian hehe.. (bukan menganiaya diri sendiri ke tu??)

Ade jugak ustaz yg cakap, kalau dapat suami pendera and x bertanggungjawab ni, itu salah isteri tu sendiri kerana tak selidik betul2 backrgound lelaki tu sebelum berkahwin.. hehe

Begitu mudah wanita dipersalahkan...

Kalau tak kawin sampai ke tua, orang kata pulak,
"Jangan memilih sangat, ambik je la mana yg ade, asalkan kawin, nanti Nabi tak mengaku umat.. !" hehe..

Ingin nak petik kata2 kakak saya,
"Beli ikan kat pasar pun orang pilih beria, ape ke lagi teman hidup.."


Tuntutan untuk mentaati suami ni bukan mudah, even seorang anak pun kadang2 gagal mentaati seorang ibu yg dah bersusah payah melahirkan dan membesarkan, apatah lagi seorang isteri kepada suami...
Tapi ianya perintah Allah SWT, dan kenapa Allah perintah begitu? Simply kerana tanggungjawab suami tu sgt besar, dan suami jugalah yg menanggung segala dosa isteri...

Pada saya, mudah saja untuk mentaati suami kalau suami itu seorang yang baik dan bertimbang rasa, menghormati dan menyayangi, bertanggungjawab, pendek kata, dia patuh perintah Allah dan cuba sedaya upaya untuk mencontohi Rasullullah...

Kalau la ustaz2 sering menekankan para suami supaya mencontohi sifat2 Rasullullah dalam segala hal seperti mana mereka menekankan ketaatan isteri pada suami, tentu lebih banyak improvement yg dapat kita lihat dalam institusi rumahtangga...


So, to all woman yang dalam dilema berdepan dengan suami yg tak bertanggungjawab nih, Allah itu maha mengetahui, do what you think is best for yourself, tapi selepas bertawakal kpd Allah lah, jangan biar diri menderita dan teraniaya.. :)


** Untuk artikel yang menarik berkaitan isu Kelab Taat Suami, klik SINI.




6 comments:

sitiezahim said...

ohhh sangat betul ana..saya sangat setuju berperatus peratus percent..nak share di fb saya la..hehe

Anonymous said...

Salam kakak2 ku sekalian,

Sy setuju dengan kak fauzana.

Sy suka pendekatan ustazah ni:
http://ummuhusna99.blogspot.com/2011/11/cinta-usia-emas.html

-jangan jadikan kelemahan pasangan sebagai alasan untuk curang sesama sendiri. Takde guna derhaka pada Allah kerana kecewa pada manusia.
-sentiasa berusaha membina cinta antara suami isteri. Jangan cari org lain semata2 dah rasa boring dan isteri/suami dah tak seperti dulu.

last but not least,
-kalau diri dah teraniaya oleh dia yang patut menjaga diri kita, jangan kita menganiaya diri kita dengan membiarkan diri kita teraniaya...

'idun sa'idun said...

betul..betul.. betul.. lebih baik tubuhkan kelab suami isteri soleh dpd kelab taat suami yg ntah pape tu.. hehehe

Miss Anna said...

hajar: hehe silakan hajar, sharing is caring :)

Miss Anna said...

anonymous: zinn ke ni? ayat macam ayat zinn hehe.. ape pun, nice comments from u, betul sgt2 tu, perkahwinan ni bukan benda main2, bole try2, and bile x suke carik lain.. suami isteri perlu rendah kan ego masing2 and cuba sedaya upaya baiki diri.. terutama suami sebab mereka pemimpin.. tapi orang lelaki slalu susah nak terima, tapi ade yg bagus, contoh cam kata2 Dr. fadilah Kamsah, "jadi la suami yg baik agar mudah untuk isteri mentaati".. kalau la semua lelaki berfikir camni, kan bagus...
i'll cek that link, thanx ya :)

Miss Anna said...

'idun sa'idun: setuju ngan saya? yeay!! lebih baik camtu kan? rumahtangga bahagia ni usaha bersama, it takes two to tango rite.. hehe.. thanx for your komen, really appreciate it :)

Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...