Dah lama x update pasal makanan, masakan, so today nak share satu masakan simple utk housewife2 yang tetiba mode malas nak memasak atau working mom or dad yang balik kerja nak masak cincai tapi sedap... Hehehe..
Kadang2 malas sangat nak masak sayur, kalau boleh nak masak satu lauk je tapi tak de mood nak makan salad, tapi mesti ade sayur, jadi ape kata sekali harung kan hehehe..
Ok, layan resipi ni and try ok!
Bahan2 tumis :
-- 1 bijik bawang besar
-- 2 ulas bawang putih
-- 2cm Halia
-- 1 Cili besar hiris
Bahan2 lain:
-- Ayam ikut suka.
-- Kicap pekat manis ikut suka banyak mana.
-- Kentang potong2, goreng (saya guna actifry, guna satu sudu besar minyak aje!)
-- Tomato dan Leek.
Haaaaa semua orang tau Leek kan? Macam kat bawah ni:
Ayam yang dah dipotong2, lumur dengan kunyit dan garam dan minyak, bakar dalam Oven 200deg, ni untuk yang health conscious, nak kurangkan makanan bergoreng.. Tapi klu nak goreng ayam tu pun boleh, guna actifry, satu besar minyak dah cukup utk goreng ayam (",)
Sementara tunggu ayam masak, tumis bahan tumis sampai naik bau, masukkan tomato, masak sekejap, masukkan kicap, masak sampai kicap berbuih2, masukkan air ikut suka banyak mana bersesuaian dengan kicap, masukkan Leek yg dah dipotong2, jangan masak lama sangat utk mengekalkan khasiat sayur, agak2 dah layu sikit, masukkan kentang goreng dan ayam yg dah dibakar atau digoreng tadi. Tambah garam kalau tak cukup masin. Haaaaa siap! Cepat, senang, berkhasiat!
Sayur Leek ni sangat-sangat masuk dengan masak kicap tau, tak percaya cuba try!
Enjoy!
1 comment:
oh tak penah beli leek. boleh cuba la lepas ni hehe..tapi saya maleh nak bakar ayam, sbb maleh nak bersihkan oven lepas tu...hahaha :P
Post a Comment