Semalam, saya menerangkan maksud surah Al-Fatihah pada Afeef.. Afeef sungguh khusyuk mendengar, tapi saya tiba2 sebak, tak dapat menahan air mata and suara pun terketar2 tiba2, iaitu di ayat 5 dan 6;
"Tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang2 yang telah engkau kurniakan nikmat dan bukan pula jalan orang2 yang sesat..."
Afeef pun panik and cakap;
"Mama!! kenape nih??? Kenape mama nangis??!!" Afeef buat salah ke??"
Ya Allah, baik nye anak bujang ku ini :) sentiasa sensitif... dapat anak yang baik jugak satu rezeki kan.. syukur Alhamdulillah..
"Bukan sebab Afeef, mama nangis sebab mama banyak dosa..."
Ada kala kita alpa & lupa...
Seringkali melakukan kesilapan...
Mungkin kita tidak jujur, mungkin kita tidak menjaga tutur kata, atau mungkin kita bercakap perkara yang sia2...
Apa pun kesilapan kita, mungkin ada hati yang telah kita sakiti, dan mungkin kita tidak menyedarinya..
Dengan satu kesilapan yang kita lakukan, kita terus di label seorang yang teruk..
Segala perbuatan baik kita, dipandang serong..
Keinsafan itu satu rezeki, bila mana kita insaf dan memohon maaf, mungkin ade hati yang tidak mahu memaafkan, masih mahu mengungkit atau berdendam...
Pesan orang2 yang berpengalaman, selalulah beringat, jangan sakiti hati sesiapa...
Tapi, dengan pengalaman lah kita belajar untuk beringat..
Dalam mencari pengalaman, mungkin ada salah silap yang kita lakukan..
Lumrah manusia...
Pada orang yang pernah kita sakiti, mungkin dia juga pernah menyakiti hati orang lain sehingga mungkin ada yang berdendam dengan dia..
Dan, dalam diri kita juga, mungkin ada menyimpan dendam terhadap sesiapa juga yang pernah menyakiti hati kita...
Jadi, bukalah hati untuk memaafkan, moga dengan itu, Allah SWT bukakan hati mereka yang menyimpan perasaan dendam terhadap kita untuk memaafkan kita, sekaligus terbuka juga hati mereka yang menyimpan dendam terhadap dia untuk memaafkan dia...
Pada semua, saya mohon maaf atas segala salah silap...
Sempena Ramadhan yang hampir tiba, moga hati kita bersih dari segala hasad dengki, iri hati, dendam dan segala penyakit hati...
Kepada teman seUsrah, terima kasih atas peringatan..
Katanya; kefahaman itu rezeki.. terbuka hati untuk menginsafi perbuatan dan bertaubat juga satu rezeki..
Moga kesilapan lalu tak berulang lagi... insyaAllah...
No comments:
Post a Comment